Tuesday, March 2, 2010

dahulu ngan skunk..bhase jiwa bgse

Bahagian A adalah cara percakapan semasa zaman diraja.
B pula zaman sekarang dan

C pula cara perbualan budak-budak remaja zaman sekarang.


A)Ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.

B)Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas.

C)Wa cakap sama lu...lu kalau mao kropok sama dia...lu kropok jangan kasi lebam beb.


A)Sungguh mengecewakan peradaban tuan hamba di depan majlis ini.

B)Kurang ajar sungguh awak nie.

C)Oi kakak kao punye laki ahhh! Kong ajar eh? Bengong punyer budak!


A)Sesungguhnya hamba masih mengharap balasan kasih dari tuan hamba...akan tetapi, hamba tidak ingin memaksa tuan hamba untuk membuat keputusan.

B)Cinta aku belum lagi berbalas...berilah aku peluang kali ini untuk mengisi ruang hatimu.

C)Beb...wa takmo jiwa-jiwa sama lu...tapi wa sudah cintan rabak sama lu...wa takut wa takleh tahan nanti wa tdugong...plse ahhh.


A)Sayugia diingatkan bahawa sesungguhnya tarikh masuknya permulaan bulan Syawal ialah esok...dan itu hari ini merupakan hari penggenap Ramadhan.

B)Di sini diumumkan bahawa esok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

C)Oi!!!!! Besok dah tak payah poser!

yeaaahhooooooooooo!!!!!


A)Adalah menjadi harapan hamba sekiranya hamba dapat bersama-sama tuan sekalian ke majlis keramaian itu kelak.

B)Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu...boleh tak?

C)Hoi penyapu! Korang tunggu aku tau...aku pun nak ikot.


A)Barangsiapa yang telah dengan tanpa segan silu melakukan sesuatu kemungkaran...maka...atas dirinya akan dibalas kemungkaran.

B)Siapa yang berbuat jahat akan dihukum.

C)Sapa yang tunjuk terer kat sini aku kompang sampai mati...bedek takde...jangan memain dengan aku hah.


A)Sungguh menakjubkan kesaktian yang ada atas empunya diri.

B)Dia sungguh hebat sekali.

C)Mak kao! Power siol!


A)Adalah menjadi kemusykilan bagi diri hamba tentang perkara yang telah diketengahkan?

B)apakah maksud anda? Boleh tolong jelaskan?

C)Oi! What cock are u talking about?...Say poply ahh!



hehehe...sume nie hanyala gurauan semata-mata

No comments:

Post a Comment